Thursday, February 11, 2010

KERATAN AKHBAR

Friday, January 29, 2010

BARAH & SPIRULINA PACIFICA LUXOR






PRODUK PENGGUNA DAN MAKANAN YANG SIGNIFIKAN MENDATANGKAN KANSER


1. SATAY bersama dengan timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Karsinogen adalah Suatu keadaan yang menyebabkan barah, Timun adalah anti-karsinogen.

2. Jangan makan udang selepas mengambil Pil Vitamin C. Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.

3. "Bah Kut Teh" (daging babi). Cuba tuangkan Coke (minuman bersoda) atas kepingan daging babi tu dan tunggu sekejap, anda boleh nampak ulat berenyut-renyut keluar dari sana. Fakta diperolehi dari "Health Corporation of Singapore".

4. Barah - akibat penggunaan bahan dalam shampoo. Jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah:- Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal.

Meskipun pertanyaan telah dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan busa yang banyak". Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan busa.

5. Makanan jenis mee segera (tak kiralah maggi, koayteow dsb) Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya.

Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doktor, Terdapat kandungan Salutan Wax ke atas mee segera, inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak.

Telah dinyatakan terdahulu melalui seorang aktor (sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera. Doktor memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan.

Seorang mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai "makan untuk mendapat barah" Kalau istilah James Bond ==>Licence to kill!

6. Bawang Goreng segera. Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman, yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah Straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja.

KANSER SALUR KENCING

Oleh

FUAD HADINATA YAACOB


APABILA mendengar kanser, pasti ada hati diulit resah. Ia masalah sejagat yang sehingga hari ini membunuh berjuta pesakit. Mengikut Statistik Kanser Global 2002, angkanya ialah 10.9 juta kes baru dan 6.7 juta kematian setiap tahun di seluruh dunia.

Pelbagai jenis kanser dikesan, tidak kurang juga dengan nama pelik atau tidak pernah didengar. Antara yang terkenal seperti kanser paru-paru, payu dara, perut, hati, usus, leukemia, serviks dan rektum, selain nasofarinks, kolorektal serta uterus.

Namun, hari ini adakah kita mengenali sejenis lagi kanser iaitu ureter. Ureter iaitu salur yang mengalirkan air kencing dari buah pinggang ke pundi kencing antara bahagian yang jarang diserang kanser.

Pertumbuhan kanser di bahagian itu perlahan dan ada ketikanya tidak memberi kesakitan, tetapi pada masa sama ia mampu merebak ke organ perkumuhan lain, sekali gus boleh mengundang risiko lain kepada pesakit.

Seperti dipaparkan dalam Medik TV semalam melalui laporan wartawan, Irin Putri Azmi, kanser ureter boleh memberi kesan lebih 90 peratus kepada pundi kencing dan dua ke lima peratus kepada buah pinggang.

Jika ia berlaku, pesakit mendapat beberapa simptom seperti rasa sakit di kanan atau kiri belakang badan serta pendarahan dalam kencing.

Pakar Bedah Urologi Hospital Pakar Damansara, Dr Rajeentheran Suntheralingam, berkata untuk mengenal pasti ketumbuhan atau saiz kanser ureter, pemeriksaan Intra Venous Urogram (IVU), biopsy dan CT scan dilakukan yang memberi gambaran keadaan sistem perkumuhan pesakit, lokasi ketumbuhan dan saiznya.

“Jika kanser ini kecil atau pada tahap satu atau dua dan kurang daripada satu sentimeter (sm) atau ureternya tidak tersumbat, lasetherapy akan dilakukan iaitu memasukkan ureteroscopy, lihat melalui kamera, masukkan laser dan musnahkan ketumbuhan itu.

“Selepas itu pemantauan perlu dilakukan sekurang-kurangnya tiga bulan sekali buat pemeriksaan bagi memastikan kanser ada lagi atau tidak,” katanya.
Beliau yang menjalankan pembedahan Nephroueterectomy ke atas penghidap kanser ureter, Loh Chee Ean, 66, berkata dalam pemeriksaan IVU, sejenis pewarna dimasukkan dalam urat darah pesakit yang meresap ke dalam buah pinggang.

Katanya, pewarna itu berfungsi melihat keadaan buah pinggang atau ureter pesakit dan dalam kes Loh, buah pinggang kiri dikesan mengalami bengkak dan tersumbat berbanding buah pinggang kanan.

“Saluran ureter pesakit ini tersumbat apabila pewarna tidak mengalir ke pundi kencing. Untuk melihat lebih jelas, saya guna cystoscope dengan kamera masuk ke pundi kencing dan ureteroscope ke ureter.

“Di sini saya dapati ada ketumbuhan. Biopsy dibuat dan hasilnya dihantar ke makmal patologi. Kemudian tiub kecil dimasukkan ke buah pinggang tadi untuk sementara waktu bagi membolehkan air kencing daripada buah pinggang mengalir ke pundi kencing,” katanya.

Menurutnya, selepas empat hari ujian biopsy dijalankan, patalogi mendapati Loh menghidap kanser ureter dan untuk mengatasinya, beliau perlu menjalani pembedahan membuang bahagian dijangkiti iaitu buah pinggang kirinya serta sedikit pundi kencing yang mengelilingi ureter.

Dalam pembedahan itu, ia dilakukan secara laparoskopi menggunakan kamera dan alat khas yang diubahsuai daripada alat pembedahan konvensional bagi pengendalian dari luar badan.

Sebelum itu, Loh ditempatkan pada kedudukan mengiring bagi prosedur pembuangan buah pinggang. Satu insisi (pengelaran) kira-kira satu sm dibuat di atas pusat sebagai laluan memasukkan kamera dan peralatan khas tadi.

Pada masa sama, gas karbon dioksida dimasukkan bagi mengisi ruang abdomen, sekali gus menjadikan kawasan pembedahan mudah dilihat.

Selepas itu, dua tebukan bersaiz satu sm dibuat dengan tujuan sama. Melalui bantuan kamera khas, tebukan tidak mencederakan organ dalaman.

Dr Rajeentheran berkata, sebelum proses pembuangan buah pinggang dilakukan, salur darah dan arteri yang mengalirkan darah ke buah pinggang perlu dihentikan. Ia dijalankan dengan menggunakan stapler khas yang menghalang pengaliran darah.

Selepas itu, buah pinggang diasingkan daripada usus dan lekatan lemak secara laparoscopy sebelum ureter dan buah pinggang dibuang melalui insisi lain.

“Salur darah perlu dilekapkan bagi mengelak berlakunya pendarahan yang banyak ketika pemotongan dijalankan. Selepas buah pinggang berjaya dipotong, satu insisi kecil dibuat pada bahagian ari-ari sepanjang enam sm untuk mengeluarkannya,” katanya.

Menurutnya, pembuangan satu buah pinggang tidak akan menjejaskan fungsi badan pesakit, malah sudah terbukti seseorang itu mampu hidup walaupun dengan hanya setengah buah pinggang.

Sebelum itu, katanya, bahagian pundi kencing yang mengelilingi ureter turut dipotong bagi memudahkan proses pembuangan dijalankan.

Bagi memudahkan proses pembuangan air kencing pesakit, satu saluran kencing sementara digunakan sehingga luka pembedahan pada pundi kencing pulih sepenuhnya.

Pembedahan bermula kira-kira jam 7 pagi itu mengambil masa kira-kira lima jam. Sambil menunjukkan buah pinggang, ureter dan pundi kencing yang dibuang, Dr Rajeentheran berkata, pemeriksaan awal mendapati ureter tersekat akibat pertumbuhan sel kanser pada bahagian berkenaan.

Katanya, pembuangan itu dapat mengurangkan kemungkinan barah merebak ke bahagian badan lain.

“Jika pesakit ada kanser uterer, 40 hingga 60 peratus dia boleh dapat kanser pundi kencing pada masa akan datang. Dalam kes ini, pesakit perlu dipantau. Misalnya, kita akan buat cystoskopi dengan memasukkan satu alat dalam pundi kencing bagi satu jangka masa bagi memastikan pesakit tidak mendapat kanser pundi kencing,” katanya.

Selepas tiga hari menjalani pembedahan, Loh dibenarkan pulang kerana kaedah itu terbukti membantu pesakit pulih lebih cepat berbanding pembedahan terbuka.

Loh dibenarkan mengambil semua jenis makanan dan tidak terikat dengan pantang larang walaupun badannya berfungsi dengan satu buah pinggang.

“Bila doktor memberitahu saya ada kanser, saya takut tetapi keluarga banyak memberi sokongan sehingga saya berani melawannya dan dapat hidup lebih lama.

Saya harap pesakit kanser tidak takut melakukan pembedahan kerana teknologi hari ini sudah maju. Banyak doktor terlatih dan berpengalaman di negara kita,” katanya.

Sementara itu, menurut Dr Rajeentheran, kanser uterer berpunca daripada faktor merokok, pekerjaan, terutama mereka yang terbabit dalam industri getah dan kilang pewarna.

“Sebenarnya, mudah untuk mengelak mendapat kanser ini, iaitu tidak merokok,” katanya.

KANSER PROSTAT

Oleh

NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN


JIKA wanita bimbang diserang kanser payu dara dan serviks, lelaki pula berdepan kemungkinan mengalami kanser prostat, terutama bagi yang menjangkau umur 50 tahun serta mengamalkan gaya hidup tidak sihat.
Walaupun jarang diperkatakan, kanser prostat menduduki tangga keenam dalam carta kanser di Malaysia.
Berbanding wanita yang semakin mementingkan kesihatan, tahap kesedaran di kalangan lelaki secara umumnya rendah dan kurang satu peratus lelaki tempatan bersedia menjalani pemeriksaan.

Kelenjar prostat terletak di bawah pundi kencing dan dikelilingi uretra (saluran kencing) yang menghasilkan air mani bagi membolehkan sperma hidup. Pada lelaki muda saiznya hanya sebesar kacang walnut, tetapi akan membesar dengan peningkatan usia.

Kanser prostat adalah masalah yang biasa dihadapi kebanyakan lelaki berumur dan ia boleh menyebabkan kematian. Seperti kanser lain, kanser prostat mengambil masa lama untuk ‘membesar’ dan pada peringkat awal biasanya ia tidak menunjukkan tanda hinggalah ke peringkat serius.

Ini sebabnya ramai lelaki mati akibat kanser prostat tanpa menyedari mereka menghidap penyakit kronik ini.

Kajian yang dijalankan di Singapura mendapati lebih ramai lelaki Cina menghidap kanser ini berbanding Melayu dan India. Senario ini mungkin tidak jauh bezanya dengan keadaan di Malaysia.

Perunding urologi, Profesor Chia Sing Joo, berkata risiko mendapat kanser prostat meningkat dengan pertambahan umur dan risiko berganda selepas berumur 45 tahun. Malah, risiko menjadi berganda jika mempunyai sejarah keluarga mendapat kanser yang sama dengan kadar :

1. Dua kali ganda — jika seorang ahli keluarga terdekat (adik beradik atau ayah) menghidap kanser prostat.

2. Lima kali ganda — jika dua orang ahli keluarga terdekat mengalaminya.

3. 11 kali ganda — jika membabitkan tiga ahli keluarga terdekat.

Selain itu, amalan pemakanan tinggi lemak dan bangsa (Afrika-Amerika) juga meningkatkan risiko diserang kanser ini. Walaupun ada yang menyarankan lelaki menjalani pemeriksaan, ramai pakar perubatan mengatakan ia tidak banyak membantu bagi mengesan kehadiran sel kanser pada kelenjar prostat.

PUNCA DAN GEJALA.
Punca kanser prostat masih tidak diketahui, tetapi ia bermula dengan satu benjolan kecil pada kelenjar tanpa menimbulkan sebarang gejala. Pun begitu, ada juga kes kanser prostat menunjukkan gejala sama seperti masalah prostatik hiperplasia benigna (BPH) iaitu ketumbuhan prostat bukan kanser yang menyebabkan kelenjar prostat membengkak dan pesakit sukar membuang air kecil.

Selain itu, pesakit mungkin menghadapi masalah sentiasa terasa hendak kencing dan kerap buang air kecil. Bagaimanapun, gejala ini lazimnya hanya timbul selepas sel kanser membesar sehingga boleh menekan saluran uretra dan menyekat laluan air kencing.

Pada peringkat serius, kanser prostat boleh menyebabkan kencing berdarah atau pesakit tidak boleh kencing langsung. Bagi sesetengah kes, gejala hanya muncul apabila sel kanser merebak ke anggota badan lain seperti tulang (pinggul dan rusuk) dan buah pinggang.

Sel kanser prostat ini juga boleh merebak ke otak (yang menyebabkan sawan, sakit kepala, letih dan masalah saraf lain), tulang belakang (mengakibatkan rasa sakit, kebas dan tidak dapat menahan kencing).

Menurut Dr Chia, perkembangan kanser prostat yang lambat dan ketiadaan simptom membuatkan ujian pengesanan bagi merawat kanser pada peringkat awal menjadi sukar.

Malah, ramai pakar sependapat dan terbukti rawatan pada peringkat awal kanser prostat boleh menyebabkan lebih banyak mudarat kepada lelaki.

Ujian pengesanan kanser prostat juga tidak popular kerana jika dikesan ada sel kanser, pesakit perlu menjalani beberapa ujian susulan yang mahal, kadangkala membahayakan dan memberikan tekanan kepada lelaki.

Antara ujian yang dilakukan untuk mengesan kanser prostat ialah ujian darah dan digital rektum (DRE, doktor memasukkan jari ke dalam dubur). Jika ada kanser, doktor boleh merasa benjolan keras pada kelenjar prostat. Ujian darah yang mengukur tahap antigen khas (PSA) juga dilakukan kerana kehadiran kanser menyebabkan antigen ini meningkat.
Bagaimanapun, kata Dr Chia, tahap PSA juga kadangkala memberikan keputusan kurang tepat kerana ia boleh menjadi normal walaupun ada kanser prostat atau paras PSA tinggi tanpa kehadiran sel kanser. Malah dalam keadaan semula jadi, paras PSA meningkat apabila umur bertambah.

PEMERIKSAAN DAN RAWATAN

Siapa yang perlu jalani pemeriksaan? Kata Dr Chia, semua lelaki berumur melebihi 50 tahun disaran menjalani pemeriksaan biopsi prostat, terutama jika ada ahli keluarga mendapat penyakit ini. Ujian ini adalah 90 hingga 95 peratus tepat berbanding ujian PSA.

Antara kaedah yang digunakan bagi merawat kanser prostat ialah pembedahan, radioterapi, kemoterapi atau gabungan beberapa kaedah ini.

Kaedah terbaru ialah pembedahan robotik. Keberkesanan rawatan bergantung kepada tahap perkembangan kanser dan tindak balas badan pesakit.

Namun kaedah yang terbaik ialah pencegahan. Sebenarnya sehingga kini tiada langkah khusus boleh diambil untuk mengelakkan kanser prostat, tetapi ia boleh dicegah daripada merebak dengan menjalani pemeriksaan segera jika kencing berdarah, jangkitan saluran kencing, mempunyai sejarah keluarga, berat badan turun mendadak serta mengalami ketumbuhan tidak normal pada badan.

Kajian juga menunjukkan amalan pemakanan sihat dan seimbang yang mengandungi asid lemak omega-3 (dalam ikan) boleh mengurangkan risiko diserang kanser prostat.

GEJALA

Secara umumnya, gejala kanser prostat yang disenaraikan di bawah juga dialami lelaki yang mengalami ketumbuhan bukan kanser :

1. Sukar buang air kencing.

2. Air kencing masih menitis walaupun selepas kencing.

3. Keinginan kencing yang mendesak.

4. Sakit ketika buang air kecil dan besar.

5. Sakit ketika ejakulasi.

6. Sakit belakang.

7. Kerap buang air kecil pada waktu malam.

8. Sakit perut.

9. Cepat penat.




Sebotol (60 Tabs) hanya RM 79

Cara makan : 2 biji sehari.

KANSER PANGKAL RAHIM


TUGAS wanita memang banyak, bukan setakat menjadi isteri dan ibu, malah mereka juga tonggak kesihatan keluarga. Walaupun kesedaran terhadap kesihatan makin meningkat, kebanyakan wanita memberi keutamaan kepada suami serta anak dan meletakkan mereka di peringkat kedua.

Amalan ini perlu diubah kerana wanita juga terdedah kepada pelbagai penyakit, terutama kanser payu dara dan pangkal rahim (serviks) iaitu dua kanser paling utama menyerang wanita yang boleh membawa maut.

Rasanya semua orang sudah maklum mengenai kanser ini, tetapi masih ramai penduduk negara ini takut menjalani pemeriksaan kesihatan. Mereka takut jika dikesan menghidap penyakit, sedangkan hakikatnya ia langkah terbaik supaya penyakit seperti kanser dapat dirawat pada peringkat awal.

Kanser pangkal rahim misalnya masih menjadi masalah besar di kalangan wanita negara kita, walaupun kempen ujian pap smear bermula 40 tahun lalu. Dianggarkan 4.2 juta wanita Malaysia berusia di antara 20 hingga 65 tahun tidak pernah menjalani ujian pap smear meskipun ada kira-kira 2,700 hospital dan klinik kerajaan dan swasta di seluruh negara.

Pengarah Eksekutif Persatuan Kanser Kebangsaan, Dr Saunthari Somasundaram, berkata rasa tidak selesa dan malu ‘tempat rahsia’ mereka dilihat doktor antara faktor menyebabkan ramai wanita tidak menjalani ujian pap smear.

Selain menganggap ia takdir Tuhan, masih ramai percaya kanser tidak boleh dirawat, sedangkan peratus kejayaan rawatan melebihi 90 peratus jika ia dikesan dan diberi rawatan sewajarnya dari peringkat awal.

Kebanyakan wanita sanggup menjalani pemeriksaan payu dara tetapi tidak pap smear. Ramai wanita beranggapan jika mereka masih dara ketika berkahwin dan hanya melakukan hubungan seks dengan suami, mereka tidak perlu menjalani ujian Pap smear.

Namun, kata Dr Saunthari, anggapan ini kurang tepat kerana kebanyakan lelaki mempunyai satu atau dua pengalaman seks sebelum berkahwin dan ia membuka peluang mendapat jangkitan HPV. Ini bermakna wanita belum selamat daripada kemungkinan dijangkiti virus berbahaya itu.

Kanser serviks disebabkan jangkitan virus Human Papilloma 16 dan 18 (HPV16 dan 18) tidak boleh dipandang ringan kerana ia boleh menyebabkan kematian. Dianggarkan 650 kematian berlaku setiap hari atau 240,000 kematian setahun di seluruh dunia akibat kanser serviks.

Pada 2002, kira-kira 500,000 kes baru kanser serviks dilaporkan di seluruh dunia yang menyebabkan 275,000 kematian. Lebih 80 peratus daripadanya membabitkan wanita di negara membangun, termasuk negara kita yang mencatatkan lebih 1,400 kes baru setiap tahun.
Pensyarah Jabatan Patologi Universiti Cambridge, Profesor Margaret Stanley, berkata sehingga kini lebih 100 jenis HPV dikenal pasti, tetapi kebanyakannya tidak berbahaya dan hanya 30 jenis boleh menyebabkan jangkitan pada kawasan kemaluan.

Hampir separuh penduduk dunia yang aktif seks mendapat jangkitan ini dalam jangka hayat mereka. Kebanyakan jangkitan HPV boleh hilang dalam masa satu hingga dua tahun melalui tindak balas sistem imun badan tetapi jika ia tidak dapat dihapuskan, virus ini, terutama HPV 16, 18, 31 dan 45, boleh menyebabkan pelbagai jenis kanser di kawasan kemaluan, termasuk kanser serviks.

Kanser serviks mengambil masa lama untuk terbentuk dan biasanya berlaku pada wanita berumur 40 tahun ke atas. Di United Kingdom yang mempunyai program saringan terbaik di dunia juga mencatatkan 2,000 kes baru setiap tahun. Tidak kira di manapun, kebanyakan kes jangkitan membabitkan wanita berumur di antara 18 hingga 28 tahun.

Katanya, jangkitan HPV juga lazim di rantau Asia Pasifik, dengan sembilan peratus kes jangkitan di Thailand, Vietnam (11 peratus) dan Wilayah Shanxi, China sebanyak 24 peratus.

Namun berbanding kanser serviks, lebih ramai bimbang apabila mendapat kutil genital yang turut disebabkan virus HPV kerana ia boleh dilihat dengan jelas. Bagaimanapun, kebanyakan wanita yang mendapat jangkitan HPV bukan saja berasa malu, tetapi turut mengalami tekanan psikologi.

Ada langkah boleh diambil untuk mengelak jangkitan HPV iaitu penyebab pelbagai penyakit genital, seperti pengambilan vaksin. Vaksin yang diluluskan di lebih 40 negara itu memberi perlindungan kepada jangkitan empat jenis virus iaitu HPV 6, 11, 16 dan 18.

Pengarah Penyelidikan Klinikal Merck & Co, Amerika Syarikat, Dr Carlos Sattler, berkata virus HPV 6 adalah penyebab utama kepada kutil genital (90 peratus kes) di kalangan wanita dan lelaki. Manakala HPV 16 dan 18, selain menyebabkan kanser serviks pada wanita, ia juga mengakibatkan kanser dubur pada lelaki.

Justeru, perlindungan perlu diberikan kepada individu berumur di antara sembilan hingga 26 tahun sebelum mereka mengadakan hubungan seks buat kali pertama.

Malah di sesetengah negara, vaksin disarankan kepada lelaki berumur sembilan hingga 15 tahun kerana mereka biasanya menjadi ‘pembawa’ virus sebelum disebarkan kepada pasangan masing-masing.

"Wanita berusia juga digalak mendapatkan vaksin ini kerana ia boleh memberi perlindungan jika mereka belum mendapat jangkitan. Tidak perlu melakukan pap smear terlebih dulu jika mahu mengambil vaksin.

"Bahkan wanita yang mempunyai keputusan pap smear tidak normal juga boleh mendapatkan vaksin ini kerana ia turut memberi perlindungan kepada masalah kutil genital,” katanya.

Pengambilan vaksin bukan bermakna wanita terlepas daripada keperluan pap smear. Semua wanita masih perlu menjalani ujian pap smear seperti disarankan doktor walaupun mengambil vaksin sebelum mereka mengadakan hubungan seks buat kali pertama. Bagaimanapun, vaksin yang diluluskan Kementerian Kesihatan itu hanya akan ada di pasaran awal tahun depan.

ARUS ELEKTRIK PUNCA KANSER

Oleh
 
NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN
 
  
ISU gelombang elektronik daripada peralatan elektrik yang boleh menimbulkan pelbagai masalah kesihatan sudah lama diperkatakan dan ia menjadi bahan kajian ramai saintis di dunia bagi mengesahkan dakwaan itu.
  
Laporan terbaru yang disiarkan akhbar Independent di London baru-baru ini mendakwa gelombang elektronik, termasuk daripada telefon bimbit, boleh mencetuskan masalah kemurungan, bunuh diri, keguguran dan barah pada kanak-kanak.
 
Bahkan Penyelidikan Barah Antarabangsa (sebahagian daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia) melaporkan, gelombang elektronik yang dianggap sebagai satu bentuk baru pencemaran di rumah mempunyai kemungkinan menjadi punca barah manusia.
 
Laporan ini disokong kenyataan Dekan Fakulti Kesihatan Umum Universiti New York, Profesor David Carpenter yang mengatakan gelombang elektronik berkemungkinan menjadi punca sehingga 30 peratus semua jenis barah kanak-kanak.
 
Jabatan Kesihatan California, Amerika Syarikat turut mendakwa ia mungkin penyebab barah darah atau leukimia di peringkat dewasa, barah otak dan kemungkinan barah payu dara serta punca satu daripada setiap 10 kes keguguran.
  
Kajian meliputi pelbagai peralatan elektrik yang digunakan setiap hari di rumah seperti televisyen, komputer, pembakar roti, selimut pemanas mahupun jam radio yang diletakkan di kepala katil turut memberikan kesan kepada kita.
  
Manakala medan frekuensi seperti daripada ketuhar gelombang mikro, pemancar televisyen, radio dan telefon bimbit menghasilkan pencemaran lebih tinggi. Lebih lama sesuatu barangan elektrik itu dipasang, makin banyak kesan pencemaran diterima badan, walaupun ia diletakkan berjauhan dari tempat duduk.
 
Sebarang peralatan yang diletakkan berhampiran kepala seperti alat pengering rambut dan telefon bimbit dipercayai memberikan kesan lebih tinggi dan berbahaya.
 
Malah, wayar juga boleh menghasilkan medan elektrik, walaupun tiada arus yang melaluinya.
 
Antara kesan alah kepada pencemaran gelombang elektronik ini ialah berasa loya, pening, sakit, sukar tidur, murung dan payah mengingat sesuatu.
 
Jika benar dakwaan ini, bermakna kita semua terdedah kepada ancaman penyakit kerana boleh dikatakan semua peralatan di dalam rumah dan tempat kerja menggunakan arus elektrik.
 
Persoalannya, sejauh mana arus elektrik boleh membahayakan kesihatan? Tentu ia jelas bertentangan dengan tindakan pusat perubatan yang menggunakan arus elektrik bagi merawat pesakit.
 
Menurut pengurus fisioterapi, Vimala V Marimuthu, kebanyakan alat digunakan untuk membantu proses pemulihan dalam fisioterapi menggunakan kuasa elektrik rendah iaitu pada frekuensi antara dua hingga 150 Hz saja. 
 
Pada frekuensi serendah ini, arus elektrik dapat merangsang otot spastik supaya ia dapat berfungsi semula. Selain itu, rangsangan daripada arus elektrik yang hanya dirasakan seperti gigitan semut didapati berkesan untuk meredakan kesakitan dan kekejangan otot serta menguatkannya semula.
  
"Ada beberapa kaedah digunakan seperti Transcutaneous Electrical Nerve Stimulation (TENS) untuk merangsang saraf dan meredakan kesakitan yang dialami pesakit artritis, firomyalgia, neropati dan kesakitan akut lain.
  
"Bagi otot dan tisu yang lebih dalam seperti pada paha, ada kaedah khusus iaitu Short Wave Diathermy dengan frekuensi sebanyak 27.12 MHz. Kaedah ini digunakan untuk melegakan sakit akibat keradangan sendi pada tulang belikat dan bahu, siku, leher, masalah ligamen pada lutut, sakit belakang, plantar fascitis dan sinusitis,” katanya.
  
Selain itu, rawatan arus elektrik digunakan untuk merawat kecederaan sukan, kelemahan otot mengawal kencing (biasanya berlaku pada perempuan selepas melahirkan anak), merangsang proses penyembuhan selepas pembedahan serta asma (dengan gabungan fisioterapi dada).
  
Perunding Geriatrik dan Pakar Penuaan Sihat, Dr Rajbans Singh, juga tidak menolak kemungkinan timbul masalah kesihatan jika terlalu terdedah kepada gelombang elektronik, terutama di kalangan kanak-kanak.
 
Katanya, banyak kajian menunjukkan kanak-kanak yang menggunakan telefon bimbit sejak kecil lebih terdedah kepada risiko ketumbuhan otak kerana pada usia begitu otak mereka masih berkembang dan gelombang elektronik boleh merangsang penghasilan tumor.
 
Berdasarkan teori radikal bebas, gelombang elektrik boleh menghasilkan banyak radikal bebas yang boleh membahayakan kesihatan. Kehadiran radikal bebas ini meningkatkan peluang seseorang mendapat kanser, mempercepatkan proses penuaan, sakit jantung dan masalah degeneratif (kemerosotan otak).
 
"Dalam keadaan sekarang, sukar untuk menghindari gelombang elektrik. Namun, ada banyak cara boleh dilakukan untuk meningkatkan daya ketahanan badan dan kaedah paling utama ialah mengubah gaya hidup serta mengamalkan pemakanan sihat.
 
"Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan mengandungi bahan antioksidan bagi melawan tindakan radikal bebas. Walaupun kita disaran mengambil sekurang-kurangnya lima hidangan, untuk mendapat manfaat terbaik amalkan makan sembilan hingga 10 hidangan sayur dan buah setiap hari,” katanya.
 
Ia bukan saja dapat menjaga kesihatan dan melawan tindakan radikal bebas, tetapi pengambilan sayur-sayuran serta buah-buahan boleh mencegah penyakit kanser. Pilihan makanan juga perlu pelbagai. Lebih berwarna warni, lebih baik.
 
Masalah biasanya timbul apabila sesuatu alat elektrik digunakan secara berlebihan.
 
Justeru, beliau menasihatkan semua peralatan digunakan secara sederhana dan mulakan gaya hidup sihat.
 
Ini kerana berdasarkan pengalamannya, kebanyakan penyakit berpunca daripada gaya hidup kurang bersenam dan pemakanan tidak seimbang.
 
Untuk mengurangkan pencemaran gelombang elektronik, beliau menyarankan supaya :
 
1. Kurangkan menonton televisyen.

2. Pastikan jarak tempat duduk ketika menonton televisyen; iaitu sekurang-kurangnya tiga meter dari kaca TV.

3. Kekalkan jarak satu atau dua kaki dari komputer. Berehat seketika selepas satu atau dua jam bekerja di depan komputer.

4. Hadkan penggunaan telefon bimbit. Gunakan alat bebas tangan bagi mengurangkan kesan gelombang radio pada kepala. Ia juga dapat mengurangkan risiko gangguan pada keseimbangan kimia otak (serotonin) yang boleh menyebabkan kemurungan.

5. Gunakan ketuhar gelombang mikro hanya untuk memanaskan makanan dan bukan untuk memasak. Ini kerana memasak mengambil masa lebih lama. Ini bermakna lebih lama makanan terdedah kepada gelombang radio.

6. Ubah gaya hidup. Mulakan bersenam dan amalkan pemakanan seimbang dengan melebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan.

7. Ambil makanan tambahan seperti Omega-3 yang terbukti baik untuk atasi kemurungan dan kesihatan sendi.

8. Buat pemeriksaan tahap radikal bebas dalam badan supaya anda lebih bersedia membuat perubahan dalam hidup.
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...