Friday, January 29, 2010

KANSER PROSTAT

Oleh

NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN


JIKA wanita bimbang diserang kanser payu dara dan serviks, lelaki pula berdepan kemungkinan mengalami kanser prostat, terutama bagi yang menjangkau umur 50 tahun serta mengamalkan gaya hidup tidak sihat.
Walaupun jarang diperkatakan, kanser prostat menduduki tangga keenam dalam carta kanser di Malaysia.
Berbanding wanita yang semakin mementingkan kesihatan, tahap kesedaran di kalangan lelaki secara umumnya rendah dan kurang satu peratus lelaki tempatan bersedia menjalani pemeriksaan.

Kelenjar prostat terletak di bawah pundi kencing dan dikelilingi uretra (saluran kencing) yang menghasilkan air mani bagi membolehkan sperma hidup. Pada lelaki muda saiznya hanya sebesar kacang walnut, tetapi akan membesar dengan peningkatan usia.

Kanser prostat adalah masalah yang biasa dihadapi kebanyakan lelaki berumur dan ia boleh menyebabkan kematian. Seperti kanser lain, kanser prostat mengambil masa lama untuk ‘membesar’ dan pada peringkat awal biasanya ia tidak menunjukkan tanda hinggalah ke peringkat serius.

Ini sebabnya ramai lelaki mati akibat kanser prostat tanpa menyedari mereka menghidap penyakit kronik ini.

Kajian yang dijalankan di Singapura mendapati lebih ramai lelaki Cina menghidap kanser ini berbanding Melayu dan India. Senario ini mungkin tidak jauh bezanya dengan keadaan di Malaysia.

Perunding urologi, Profesor Chia Sing Joo, berkata risiko mendapat kanser prostat meningkat dengan pertambahan umur dan risiko berganda selepas berumur 45 tahun. Malah, risiko menjadi berganda jika mempunyai sejarah keluarga mendapat kanser yang sama dengan kadar :

1. Dua kali ganda — jika seorang ahli keluarga terdekat (adik beradik atau ayah) menghidap kanser prostat.

2. Lima kali ganda — jika dua orang ahli keluarga terdekat mengalaminya.

3. 11 kali ganda — jika membabitkan tiga ahli keluarga terdekat.

Selain itu, amalan pemakanan tinggi lemak dan bangsa (Afrika-Amerika) juga meningkatkan risiko diserang kanser ini. Walaupun ada yang menyarankan lelaki menjalani pemeriksaan, ramai pakar perubatan mengatakan ia tidak banyak membantu bagi mengesan kehadiran sel kanser pada kelenjar prostat.

PUNCA DAN GEJALA.
Punca kanser prostat masih tidak diketahui, tetapi ia bermula dengan satu benjolan kecil pada kelenjar tanpa menimbulkan sebarang gejala. Pun begitu, ada juga kes kanser prostat menunjukkan gejala sama seperti masalah prostatik hiperplasia benigna (BPH) iaitu ketumbuhan prostat bukan kanser yang menyebabkan kelenjar prostat membengkak dan pesakit sukar membuang air kecil.

Selain itu, pesakit mungkin menghadapi masalah sentiasa terasa hendak kencing dan kerap buang air kecil. Bagaimanapun, gejala ini lazimnya hanya timbul selepas sel kanser membesar sehingga boleh menekan saluran uretra dan menyekat laluan air kencing.

Pada peringkat serius, kanser prostat boleh menyebabkan kencing berdarah atau pesakit tidak boleh kencing langsung. Bagi sesetengah kes, gejala hanya muncul apabila sel kanser merebak ke anggota badan lain seperti tulang (pinggul dan rusuk) dan buah pinggang.

Sel kanser prostat ini juga boleh merebak ke otak (yang menyebabkan sawan, sakit kepala, letih dan masalah saraf lain), tulang belakang (mengakibatkan rasa sakit, kebas dan tidak dapat menahan kencing).

Menurut Dr Chia, perkembangan kanser prostat yang lambat dan ketiadaan simptom membuatkan ujian pengesanan bagi merawat kanser pada peringkat awal menjadi sukar.

Malah, ramai pakar sependapat dan terbukti rawatan pada peringkat awal kanser prostat boleh menyebabkan lebih banyak mudarat kepada lelaki.

Ujian pengesanan kanser prostat juga tidak popular kerana jika dikesan ada sel kanser, pesakit perlu menjalani beberapa ujian susulan yang mahal, kadangkala membahayakan dan memberikan tekanan kepada lelaki.

Antara ujian yang dilakukan untuk mengesan kanser prostat ialah ujian darah dan digital rektum (DRE, doktor memasukkan jari ke dalam dubur). Jika ada kanser, doktor boleh merasa benjolan keras pada kelenjar prostat. Ujian darah yang mengukur tahap antigen khas (PSA) juga dilakukan kerana kehadiran kanser menyebabkan antigen ini meningkat.
Bagaimanapun, kata Dr Chia, tahap PSA juga kadangkala memberikan keputusan kurang tepat kerana ia boleh menjadi normal walaupun ada kanser prostat atau paras PSA tinggi tanpa kehadiran sel kanser. Malah dalam keadaan semula jadi, paras PSA meningkat apabila umur bertambah.

PEMERIKSAAN DAN RAWATAN

Siapa yang perlu jalani pemeriksaan? Kata Dr Chia, semua lelaki berumur melebihi 50 tahun disaran menjalani pemeriksaan biopsi prostat, terutama jika ada ahli keluarga mendapat penyakit ini. Ujian ini adalah 90 hingga 95 peratus tepat berbanding ujian PSA.

Antara kaedah yang digunakan bagi merawat kanser prostat ialah pembedahan, radioterapi, kemoterapi atau gabungan beberapa kaedah ini.

Kaedah terbaru ialah pembedahan robotik. Keberkesanan rawatan bergantung kepada tahap perkembangan kanser dan tindak balas badan pesakit.

Namun kaedah yang terbaik ialah pencegahan. Sebenarnya sehingga kini tiada langkah khusus boleh diambil untuk mengelakkan kanser prostat, tetapi ia boleh dicegah daripada merebak dengan menjalani pemeriksaan segera jika kencing berdarah, jangkitan saluran kencing, mempunyai sejarah keluarga, berat badan turun mendadak serta mengalami ketumbuhan tidak normal pada badan.

Kajian juga menunjukkan amalan pemakanan sihat dan seimbang yang mengandungi asid lemak omega-3 (dalam ikan) boleh mengurangkan risiko diserang kanser prostat.

GEJALA

Secara umumnya, gejala kanser prostat yang disenaraikan di bawah juga dialami lelaki yang mengalami ketumbuhan bukan kanser :

1. Sukar buang air kencing.

2. Air kencing masih menitis walaupun selepas kencing.

3. Keinginan kencing yang mendesak.

4. Sakit ketika buang air kecil dan besar.

5. Sakit ketika ejakulasi.

6. Sakit belakang.

7. Kerap buang air kecil pada waktu malam.

8. Sakit perut.

9. Cepat penat.




Sebotol (60 Tabs) hanya RM 79

Cara makan : 2 biji sehari.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...